Ujian UKM1 2019 Hubungi Kami

UJIAN UKM1 2019

1Hari 1Sekolah 1Murid

Murid Ulangan / Sambungan Ujian:

Sila teruskan mengemaskini maklumat atau menyambung ujian UKM1 2019 klik di sini.

Ujian UKM1
DIBUKA SEMULA SEHINGGA 31 Mei 2019
Jumlah hari yang tinggal ialah
 
70
 

Jumlah Pengunjung:47,534
Pengunjung Dalam Talian:954

Proses Pencarian Pelajar Pintar & Berbakat
permata-process
Click image to enlarge
Penyertaan Tertinggi 22-03-2019 Secara Langsung
#Nama SekolahNegeri#Pelajar
1 SJK(C) TAMAN CONNAUGHT WP KUALA LUMPUR 971
2 SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2) (SBT) WP PUTRAJAYA 960
3 SK SULTAN ISMAIL (SBT) TERENGGANU 944
4 SMK LOK YUK LIKAS (CF) SABAH 924
5 SK MINDEN HEIGHTS (SBT) PULAU PINANG 897
6 SK PUTRAJAYA PRESINT 18(1) (SBT) WP PUTRAJAYA 798
7 SK PUTRAJAYA PRESINT 11(1) (SBT) WP PUTRAJAYA 765
8 SK BANDAR BARU SELAYANG (2) SELANGOR 665
9 SJK(C) SEBIEW CHINESE SARAWAK 664
10 SK TOK JIRING (SKK) TERENGGANU 633
Jumlah Rekod#:10
 
Ringkasan Ujian UKM1
:: Ringkasan Ujian Sekolah
:: Ringkasan Ujian Mengikut Kod Sekolah
:: Ringkasan Ujian Negeri
:: Ringkasan Ujian Umur
:: Ringkasan Ujian Jantina
:: Ringkasan Ujian Bangsa
:: Ringkasan Ujian Jenis Sekolah
Tekan butang di atas untuk maklumat lanjut

Murid Baharu (Pertama kali):

Murid, ibu bapa atau guru, mohon baca maklumat berikut sebelum murid memulakan ujian.

UJIAN UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk pencalonan murid-murid Malaysia berusia 8 hingga 15 tahun yang dijalankan sejak tahun 2009 untuk menyertai program-progran berikut.

Bil Kriteria Umur Program
1 Murid beragama Islam berusia 8–11 tahun (Tahun 2 – 5) pada
tahun 2019
Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) STEM, Universiti Sains Islam Malaysia (PPCS @USIM Disember 2019)
2 Murid beragama Islam berusia 11-12 tahun (Tahun 6) pada tahun 2019 Program Mukhayyam Al Abrar Kolej PERMATA Insan (KPI) pemilihan ambilan Asas 1 tahun 2020
3 Murid pelbagai agama dan bangsa berusia 9-15 tahun
(Tahun 3 – Tingkatan 3) pada 2019
PPCS STEM Universiti Kebangsaan Malaysia (PPCS @UKM Disember 2019)
4 Murid pelbagai agama dan bangsa berusia 11 - 12 tahun (Tahun 5 – Tahun 6) pada tahun 2019 Kolej PERMATApintar® UKM ambilan Asas 1 tahun 2020


1. Ujian terbuka ini boleh diambil mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun. Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian murid pintar intelek semula jadi yang dikendalikan oleh Pusat PERMATApintar Negara dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia; Jabatan Pedidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah,Kolej PERMATA Insan (kendalian Universiti Sains Malaysia - USIM), Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara.
2. Ujian dalam talian ini adalah percuma dan boleh diambil terus tanpa halangan birokrasi di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet dengan membuka laman ini.
3. Murid hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus (mouse), pad sentuh (touchpad) dan papan kekunci (keyboard). Sekiranya murid berhenti atau talian terputus, maka murid boleh menyambung semula ujian di waktu yang lain sehingga tamat.
4. Murid telah menamatkan ujian boleh mendapatkan Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1 Peringkat Kebangsaan Tahun 2019. Sijil ini mempunyai skor minima untuk mendapatkannya. Jika tidak mencapai skor ini, sijik tidak dikeluarkan. Murid yang layak mendapat sijil penyertaan UKM1 tidak semestinya murid tersebut melepasi skor kelayakan untuk ke ujian saringan kedua UKM2.
5. Sila pastikan kod sekolah adalah betul sebelum dicetak. Murid juga boleh mengemaskini maklumat dan mencetak semula sijil penyertaan jika terdapat kesilapan di alamat http://pelajar.permatapintar.edu.my/
6. Murid yang melepasi skor kelayakan akan ditawarkan untuk sertai ujian saringan kedua UKM2 secara terkawal yang akan diadakan dalam bulan Julai hingga Ogos. Semakan kelayakan boleh dibuat di laman http://semak.permatapintar.edu.my/ mulai bulan Julai. Murid/guru/ibu bapa perlu memastikan nombor telefon dan emel yang betul dalam maklumat murid.
 

Jika terdapat sebarang masalah, pihak tuan/puan boleh terus emailkan ke :

permatapintar@ukm.edu.my

 
| © 2011 Universiti Kebangsaan Malaysia |